Nur Fathaniah Tariyah Karimah Farwizah Zahabiyah Syahirah
binti Airol Anizam adalah antara nama terpanjang di Malaysia seperti yang
direkodkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
'Ahmad', 'Alex' dan 'Ravi' pula adalah antara nama paling popular rakyat Malaysia
yang didaftarkan JPN.
Ketua Pengarah Pendaftaran Negara Datuk Sulaiman Keling berkata nama 'Ahmad'
yang direkodkan ialah sejumlah 63,049 orang, diikuti 'Alex' 16,992 orang dan
'Ravi' 10,866 orang.
"Nama-nama berkenaan paling banyak digunakan dan didaftarkan di negara
ini," katanya ketika berucap pada Hari Pendaftaran Negara dan Hari Inovasi
2014 di Jabatan Pendaftaran Negara hari ini.
Jelas Datuk Sulaiman, 1 Okt diisytiharkan sebagai Hari Pendaftaran Negara
sempena tarikh pengeluaran kad pengenalan pertama negara yang juga dikenali
sebagai kad beras. Sumber Info (JPN)
No comments:
Post a Comment